Police Volunteer Reserve (PVR) Kuala Lumpur

SUKARELAWAN POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR

Kepada Ahli Baru, Mohon kerjasama dengan mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dibawah.

 

 

Pada mereka yang berminat untuk menjadi anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia boleh lah melayari laman sesawang www.rmp.gov.my dan klik SSo (Sistem Semakan Online) daftar dan masukkan maklumat anda.

Tarikh tutup pada 30 November 2013. 

 

PADA AHLI YANG MENJADI PELATIH SSP YANG BARU, MOHON LETAKKAN NO BADAN ANDA DI PROFILE ANDA.

 

SELAMAT DATANG,

 Laman web ini diwujudkan bagi memberi informasi kepada pengunjung tentang Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia Kontinjen Kuala Lumpur. 

Dengan adanya laman web ini sedikit sebanyak dapat membantu pengunjung mendapatkan informasi-informasi mengenai SPDRM Kuala Lumpur. Ahli juga diberi ruang untuk berkongsi pandangan, pendapat dan apa juga komen untuk dikongsikan bersama.

Diharap laman web ini dapat membantu dan memberi landasan terbaik pada semua.

 

MAKLUMAN PADA SEMUA AHLI, 

 SILA BERI KERJASAMA DENGAN MEMATUHI PERATURAN DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN DIBAWAH BAGI MENGELAK ANDA DI "DELETE/REMOVE"

Bagi ahli yang tidak meletakkan gambar dan menukar ID (no badan dan nama) anda akan diberi tempoh dan anda hanya dibenarkan meng "access" beberapa tempat sahaja, kecuali anda telah pun berbuat seperti syarat yang ditetapkan barulah saya membenarkan anda menjadi ahli penuh pada laman web ini.

LAMAN WEB INI HANYA UNTUK PEGAWAI DAN ANGGOTA SPDRM SAHAJA, BAGI ANGGOTA RELA/JPAM TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI UNTUK MENYERTAI LAMAN WEB INI"

 HARAP MAKLUM 

 

Peraturan dan syarat untuk menjadi ahli laman web ini.

1. Anda mestilah seorang anggota SPDRM

2. Memperkenalkan diri anda dengan meletakkan no badan, nama atau bagi pegawai pangkat dan nama anda. 

3. Anda juga di WAJIB kan meletakan gambar id anda supaya semua ahli mengenali anda.

4. Sentiasa menjaga tuturbahasa dan setiap topik yang ingin dikongsikan mestilah yang berkaitan dengan SPDRM.

5. Ahli mestilah menjaga adab, sensitiviti atau apa juga perkara agar tidak timbul salah faham atau menyinggung mana-mana pihak ketika berinteraksi dilaman web ini.

 6. Ahli sama sekali dilarang mempromosikan apa juga jenis perniagaan dilaman web ini seperti MLM, penjualan barangan persendirian atau apa jua, KECUALI penjualan barangan atau apa juga jenis penjualan hanya yang berkaitan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia @ PDRM sahaja.

Saya tidak akan teragak-agak untuk "delete" mana-mana ahli yang melanggar peraturan dan syarat ini.

 Admin.

 

 

 

 

SUKARELAWAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

OBJEKTIF
Membentuk satu pasukan yang efisyen dari segi intelektual dan fizikal
Memperkukuhkan hubungan di antara pihak polis dan masyarakat
Mempertingkatkan tahap keupayaan, kecekapan dan kepercayaan masyarakat

VISI
Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia senantiasa bersama berganding bahu
dengan PDRM dalam mendaulatkan undang-undang demi mengekalkan
keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara

MISI
Berganding bahu dengan PDRM untuk menguatkuasa undang-undang
Bersama mengekalkan keamanan dan keselamatan Negara
Bersama mencegah dan mengesan jenayah
Bersedia menyalur maklumat serta menjadi mata dan telinga PDRM
Bersama masyarakat tempatan membantu PDRM

 

Organisasi, Peranan dan Falsafah

Pasukan ini diwujudkan sebagai satu formasi dibawah Pasukan Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1957 yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Polis. Kini keanggotaannya berjumlah seramai 3,400 diseluruh negara dengan tumpuan dibandar-bandar utama.

Falsafah kewujudan Pasukan Sukarelawan Polis adalah untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menceburkan diri dalam kerjaya Polis.

Tanpa meninggalkan pekerjaan hakiki awam mereka, ianya juga sebagai satu pengalaman, pengamatan, cabaran disamping sumbangan khidmat bakti kepada keamanan negara. Pasukan ini juga adalah sebagai unit rezab di dalam Polis Diraja Malaysia.

Penglibatan orang awam dalam Pasukan Polis menerusi Sukarelawan Polis akan memberi banyak kebaikan dan kelebihan antaranya :-

· Mewujudkan kefahaman dan pengamatan terhadap masalah dan pahit manis bagaimana anggota polis melaksanakan khidmat mereka seharian

· Penerapan nilai-nilai disiplin positif pasukan kepada diri sendiri yang diperolehi melalui pendedahan latihan sebagai anggota Sukarelawan Polis

· Sukarelawan Polis dapat memberi panduan kearah pembentukan keluarga bahagia terutamanya dalam mendidik anak-anak agar lebih tersusun dan berjaya berteraskan disiplin yang diperolehi melalui latihan dan pengalaman sebagai Sukarelawan Polis

· Meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap undang undang dan penguatkuasaanya, serta melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti bercorak fizikal seperti latihan kawad dan penggunaan senjatapi


Bidang Tugas

Pasukan Sukarelawan Polis pada kebiasaanya adalah menjalankan kerja-kerja latihan dan perbarisan ketika tidak diletakkan dibawah kerahan secara aktif.

Walaubagaimanapun sebagai tambahan kepada latihan dan perbarisan mereka ini menjalankan tugas-tugas seperti berikut :

1. Pejabat pertanyaan / tugas telefonis

2. Tugas Bit

3. Tugas Rondaan

4. Tugas Trafik

5. Tugas Teknikal (WT, MT & MARIN)

6. Tugas-Tugas di Pusat Kawalan Kontingen atau Daerah

7. Pegawai Bertugas di Daerah atau IPK

8. Pentadbiran Biasa / Harian

9. Tugas Kawalan Perhimpunan

10. Tugas kawalan

 

Fungsi dan Tanggungjawab

• Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang
• Mata dan telingan kepada pasukan PDRM
• Memberikan perkhidmatan yang mesra kepada masyarakat

 

Elaun dan Insentif

1. Elaun kehadiran Latihan Tempatan

Tuntutan elaun tidak melebihi 48 jam sebulan
Pegawai : RM7.80 sejam
Lain-lain Pangkat : RM6.00 sejam

2. Elaun Bounty ( Saguhati tahunan )
Bertugas lebih 380 jam setahun - RM 520.00
Bertugas 240 ~ 379 jam setahun - RM 390.00
Bertugas 120 ~ 239 jam setahun - RM 260.00
Bertugas kurang 120 jam setahun - TIDAK LAYAK

3. Elaun Pakaian (Pegawai sahaja)
Elaun Pakaian Seragam (sekali sepanjang perkhidmatan) - RM300.00
Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun dibayar mulai
tahun kedua Perkhidmatan) - RM 125.00
Elaun Pakaian Istiadat (3 tahun sekali) - RM 1,000.00

4. Kemudahan Lain
Bekalan Pakaian Seragam
Rawatan Perubatan
Compesation-ganjaran & elaun
Kematian semasa bertugas *
Kecacatan semasa bertugas *
Belanja pengkebumian *

* Melalui penyertaan skim insuran berkelompok

(Dipetik dari Laman Sesawang PDRM - Ruangan Orang Awam/Sukarelawan Polis)