Police Volunteer Reserve (PVR) Kuala Lumpur

VERY ABLE TROOPERS 69 (VAT69)


VAT 69, one of Malaysia's elite fighting force. Modeled on Britain's renowned Special Air Service (SAS), the Police Field Force Battalion was formed in 1969, at the initial stages of the second Communist Insurgency of 1968-1989. Their existence was less known to the general public but as a fighting force, they were well known and feared by the terrorists for their ability in gathering ground intelligence and tracking down enemy movements.
[/img]
 
1. Saya ingin ceritakan pasal batalion badge 69.Terdapat gambar kerambit di kiri dan kanan dan lembing di tengah2. Maksud lembing adalah dia adalah raja di hutan. Kerambit pula bermaksud membunuh musuh dengan cara senyap seperti terkena senjata kerambit. Tahu2 perut bocor usus terkeluar.

2. Foto yg pertama dan terakhir saudara kita paparkan amat menarik sekali. Itulah realiti anggota operative 69. Low profile. Tidak pernah mengisytiharkan diri mereka adalah komando 69. Tiada logo digunakan semasa operasi. Mereka juga adalah kawan baik kpd orang asli. Sekira bertemu dengan orang asli, OA akan panggil diaorang 'orang kampung'. Operasi sekitar 80an di hutan ulu Perak, mereka ditugaskan untuk menawan kem dan membunuh bandit. Apa yang menarik perhatian adalah cara mereka approach pasukan mereka. Masa itu mereka memberitahu daripada BN 2 PPH. Tetapi yang musykil angota ini bergerak, berkemas dengan pantas. Itu yang membuatkan pasukan askar sempadan Thai tergamam. Yang dihantar cuma 2 seksyen sahaja. lebih kurang 12 orang. Tetapi seorang operative memiliki bermacam2 kemahiran.

3. VAT 69 juga memang diajar low profile. Sebabnya skill dan kemampuan pasukan ini diumpamakan 'killing machine'. Macam2 kemahiran ada seperti CQB, HALO/HAHO, Demolitian, Medical Combat, Sniper, Bodyguarding, Combat Diver, Survivor, Pandu Arah dan macam2 lagi. Pernah juga mengikuti kursus bersama PASKAL di Lumut dan yang bestnya operative 69 berambut panjang dan selekeh.

4. Ada bertanya kenapa bandit takut VAT69? Kerana operative ini menjalankan tugas bersama dengan SB (Inteligen Teknikal) yang terkenal kepakaran penyamaran. Selalunya operasi ini membuahkan kejayaan dan kemenangan bagi pasukan keselamatan dan negara.
(DIpetik dari Panggilan Pertiwi - MomBok (Ex-VAT69)
 






Physical Screening Test (PST)

1. 6 km running in 40 minutess
2. Freestyle swimming for 8-10 laps
3. At least 9-13 chin-ups
4. At least 30 sit-ups
5. At least 60 push-ups
6. At least 30 squad thrusts

Training Module

Insertion Techniques
1. HALO/HAHO
2. Fast roping techniques
3. Helo casting
4. Abseiling
5. Combat diving

Combat Techniques
1. Close Quarters Combat (CQC)
2. Unconventional warfare
3. Sabotage
4. Close VIP protection
5. Vehicular assault
6. Unarmed combat
7. Knife combat
8. Marksmanship
9. Booby-trap defusal
10. Underwater demolitions

Intelligence Gathering
1. Intelligence
2. Special reconnaissance
3. Long-range Combat Patrol

Task Oriented
1. Combat, Search and Rescue (CSAR)
2. Hostage rescue (HR)
3. Explosive Ordnance Disposal (EOD)
4. Hazmat Disposal [4]
5. Operations In Built-up Areas - OBUA
6. Foreign languages
7. FIBUA
8. Assaults on trains, airfield and aircraft
9. K9 Unit

GUGURNYA SEORANG PEJUANG - VAT 69

 

ALLAHYARHAM ASP MOHD ZABRI BIN ABDUL HAMID


Mohd Zabri bin Abdul Hamid merupakan salah seorang perwira yang paling dikenang dalam Komando 69 Pasukan Gerakan Khas.

Latar belakang
Mohd Zabri dilahirkan pada di Tapah, Perak dan merupakan anak kedua dalam keluarganya.

Kerjaya sebagai polis
Mohd Zabri memulakan kerjayanya sebagai pegawai polis pada 1 Jun 1963 dengan memegang jawatan Inspektor Percubaan. Selepas menamatkan latihan di PULAPOL Jalan Semarak, beliau ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 18 Mac 1963 dan beliau kemudiannya ditukarkan ke unit Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am) pada 29 Mac 1965 sebagai Komander Platun. Pada bulan Julai 1970, Zabri menyertai pasukan Komando 69 yang baru ditubuhkan ketika itu dan beliau berjaya dalam pemilihan tersebut selama lima bulan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jurulatih Komando pada bulan April hingga Ogos 1971 bagi melatih pegawai dan anggota yang baru menyertai pasukan ini yang dikenali sebagai Platun Ketiga Komando 69, bertempat di Kubu Legap, Perak.

Operasi yang terlibat
Zabri juga pernah melibatkan diri dalam satu operasi yang dikenali sebagai Ops Jemput Tiga yang dikendalikan bersama Cawangan Khas PDRM dan perisikan khas Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Darat (TNI-AD) dalam memburu dan menggempur Komunis Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) yang terletak disempadan Sarawak-Kalimantan. Dalam operasi yang menggabungkan pasukan Komando 69 PDRM dengan unit KOSTRAD (Komando Strategis Cadangan Angkatan Darat) TNI-AD dan mengambil masa lima bulan ini, kedua-dua pasukan tersebut berjaya menggempur kedua-dua buah kubu kumpulan PARAKU dan ketangkasan serta keberanian pasukan Komando 69 pimpinan Zabri dalam pertempuran yang tercetus serta berjaya menumbangkan beberapa orang ahli PARAKU ini amat mengagumkan pasukan keselamatan Indonesia.

Selain Ops Jemput Tiga, Zabri juga mengetuai tiga platun Komando 69 ke Hulu Perak pada bulan Ogos 1975 dalam gerakan mencari dan memintas salah satu kumpulan pengganas komunis yang terlibat dalam satu kes pembunuhan ke atas empat orang anggota Konstabel Tambahan Balai Polis Grik dimana empat orang anggota tersebut telah dibunuh dan mayat mereka dikelar oleh komunis dengan pisau. Pada 3 hb September 1975, unit-unitnya berjaya mengesan kedudukan khemah musuh yang terlibat berhampiran dengan Grik dan berlakunya satu pertempuran antara unit Komando 69 pimpinan Zabri dengan pengganas komunis yang mempunyai keanggotaan seramai 30 hingga 40 orang sebelum pengganas-pengganas tersebut berundur. Dalam pertempuran tersebut, dua orang anggota Komando 69 iaitu Koperal Sheikh Ismail serta Koperal Aziz Idris tercedera dalam pertempuran itu dan bantuan ke Unit Tek Tapong melalui perutusan semboyan telah diminta. Hasil pemeriksaan unitnya ke atas kem komunis yang ditinggalkan selepas pertempuran tersebut, mereka berjaya merampas 6 beg galas berisi makanan, pakaian, 2 laras senjata mortar, 18 butir bahan letupan, 15 kotak bekalan makanan, ubat serta beberapa barangan lain lagi. Selain itu, mereka juga turut merampas semula 3 laras senapang patah yang dipercayai milik empat anggota Konstabel Tambahan yang dibunuh ketika itu.

Diambang kematian
Pada 3 September 1975, Zabri meninggal dunia akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis semasa membawa dua anggota Komando 69 yang tercedera ke kawasan pendaratan selepas operasi memburu pengganas komunis yang terlibat dalam pembunuhan empat orang anggota polis tambahan selesai dan membawanya ke hospital. Kaki kanan beliau putus dan kecederaan di paha agak parah hingga menyebabkan beliau kehilangan darah yang banyak. Beliau menghembuskan nafas terakhir dengan memberi kata-kata amanat kepada anggotanya. Antara amanat terakhir beliau berbunyai, "Teruskan perjuanganmu... hancurkan petualang negara. Buru dan hancurkan mereka... biarpun diriku tiada lagi!" Jenazah Allahyarham disemadikan di Tapah, Perak dengan penuh istiadat penghormatan pasukan polis. Suasana sedih, sebak, tangisan dan titisan air mata menyelubungi dikalangan sanak saudara, keluarga dan sahabat handai serta warga PDRM, khasnya pegawai-pegawai dan anggota-anggota Komando 69 yang amat rapat dengan Allahyarham. Selain itu, Tun Haniff Omar (Ketua Polis Negara ketika itu), Ketua Polis Perak dan pegawai-pegawai polis hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Sebagai tanda memperingati jasanya dalam perjuangan menentang petualang negara, beliau dianugerahi pangkat Assisten Superintenden Polis dan sebuah kem latihan Komando 69 PGK di Tasik Banding dinamakan sebagai Kem Zabri. Beliau juga salah seoarang penerima Pingat Gagah Berani.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkannya dikalangan pejuang-pejuang Islam yang mati syahid. Al-Fatihah!

Senoi Praaq (Orang Perang)

1 
 


 
[

 

Tidak ramai mengetahui sejarah perjuangan sekumpulan pemuda Orang Asli sebelum dan selepas kemerdekaan.Mereka juga adalah pejuang yang turut serta membantu pihak British menentang komunis malah dianggap lagenda kerana kepakaran mengesan dan memburu pengganas komunis (PKM) sehingga jauh ke dalam hutan-hutan tebal sempadan hingga ke sempadan Thailand.Ibuku pernah bercerita kisah-kisah ayahku yang terlibat dengan pengganas komunis ketika zaman mudanya.Kata ibu Senoi Praaq pada asalnya adalah ilham seorang mentor British bernama Tuan Noone atau R.O.D.Noone.

Senoi Praaq bermaksud "Orang Perang" dalam bahasa Semai (suku orang asli).Ketika tarikh keramat 31 Ogos 1957 semakin hampir pihak British terdesak mahu menubuhkan sebuah pasukan askar yang dapat membantu kerajaan yang baru ditubuhkan menjaga keamanan dan mengekang pengaruh komunis.Tuan Noone telah berjumpa dengan Sir Gerald Templer,pemerintah tentera Bristish Tanah Melayu ketika itu mengenai penubuhan Senoi Praaq,cabang pasukan bersenjata di bahawa Jabatan Orang Asli.Lewat tahun 1956 tertubuhlah pasukan ini yang dinamakan Senoi Praaq.

Bermula dengan 2 unit dan 10 orang setiap unit hasil dari penangkapan beberapa pemuda orang asli yang menyertai komunis di bawah operasi Surrendered Enemy Personnel(SEP) yang kemudiannya berkembang menjadi 3 unit.Menjelang tahun 1957 unit ini telah berkembang menjadi 2 skuadron dan setiap skuadron dianggotai dengan 80 orang pemuda orang asli dari perlbagai suku.

Aku masih ingat ayahku ada bercerita bahawa beliau juga adalah seorang bekas komunis yang ditangkap di sekitar sempadan Jelebu, N.Sembilan dan Pahang.Dibicara di depan OCPD British di Kuala Klawang, Jelebu,N.Sembilan dan kemudiannya dibebaskan.Tidak lama kemudian ayahku juga dipanggil untuk berkhidmat dengan kerajaan British sebagai anggota Senoi Praaq.Operasi Senoi Praaq ketika itu berpusat di Batu 12,Gombak,Selangor.Kemudian mereka berpindah ke Jalan Maxwell yang dikenali dengan Camp Lamjung ,asalnya sebuah kem peninggalan askar Gurkha(99th Briged).(Di situlah ayah bertemu ibuku dan di situlah juga aku dilahirkan.:-)

Penubuhan Senoi Praaq telah memberi tamparan hebat kepada pengganas komunis.Kepakaran orang asli menjejaki binatang-binatang hutan telah membantu mereka mengesan musuh dengan amat tepat sekali.Bau,rasa,jejak,tanda-tanda persekitaran,bunyi binatang dan unggas rimba malah mimpi-mimpi juga adalah antara isyarat operasi.Biasanya apabila suatu kawasan itu dipercayai ada musuh ,Senoi Praaq akan ditugaskan masuk mengesan dulu.Apabila maklumat telah diperolehi tentang anggaran berapa ramai,keadaan bukit dan anak air, jalan jalan yang memungkinkan pengganas komunis melarikan diri barulah pihak tentera akan membuat perancangan serangan.

Sebenarnya kisah Senoi Praaq tidak pernah dibukukan di dalam Malaysia.Namun perjuangan mereka boleh dianggap lagenda kerana pengganas komunis amat takut dengan unit ini disebabkan skil mereka memburu dan mengesan musuh di hutan.Tidak hairanlah pada peringkat awal serangan gerila komunis dulu mereka berjaya mempengaruhi anak-anak muda orang asli untuk dijadikan sebahagian dari mereka guna membantu mereka meloloskan diri dari serbuan tentera.Insya Allah aku akan menulis lagi tentang Senoi Praaq pada masa akan datang.

Suatu Ketika.."Lembing dan Layang"







ASTRO meneruskan lagi inisiatif dan komitmennya dalam memberi sokongan terhadap memperkukuhkan nilai-nilai sejarah di kalangan rakyat Malaysia dengan mempersembahkan sebuah lagi dokumentari hebat menerusi platform Suatu Ketika yang berjudul ‘Suatu Ketika...Laskar Senoi’ pada bulan November ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, “Usaha untuk memartabatkan kisah dan sejarah negara yang telah dilancarkan pada bulan Jun tahun ini semakin menampakkan sokongan apabila tayangan dokumentari terpilih pada setiap bulan mendapat sambutan hangat.

"Resipi utama yang kami gunakan untuk menghasilkan sebuah dokumentari yang lengkap dan padat dengan informasi ialah dengan mendapatkan input yang lengkap serta temuramah daripada mereka yang pernah terlibat secara langsung dengan kejadian yang dipaparkan bagi menghidupkan lagi dokumentari pilihan.

"Temuramah dan pengalaman yang diceritakan oleh mereka yang pernah terlibat dalam setiap kejadian ternyata berjaya memberi impak yang lebih mendalam kepada para penonton bagi menyelami sendiri kejadian yang pernah berlaku.

"Kekuatan dokumentari ini ialah apabila kami berjaya mendapatkan temuramah dengan Mohd Nor Abdullah atau lebih dikenali sebagai Bah Ayob, Orang Asli dari keturunan Semai di Cameron Highland yang telah bertanggungjawab dalam menubuhkan pasukan pahlawan Senoi Praaq.

"Bah Ayob merupakan ikon penting bagi penubuhan pasukan pahlawan Senoi Praaq pada ketika itu.

"Pengalaman yang diceritakan semasa temubual telah menghidupkan lagi dokumentari yang boleh dijadikan bahan rujukan sejarah untuk semua dalam bentuk visual.”

Dokumentari ini mengisahkan tentang Unit Senoi Praaq dalam Pasukan Gerakan Am yang mungkin terdengar asing bagi segelintir dari kita tetapi suatu ketika dahulu, unit ini pernah memberi sumbangan besar terhadap negara terutama dalam era darurat ketika kerajaan British dan negara berdepan dengan ancaman komunis.

Mereka memiliki kebolehan istimewa yang diwarisi dari generasi ke generasi. Kemampuan mereka mengenali alam belantara adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan. Sehebat mana pun musuh yang menghalang, mereka mampu menewaskan musuh dengan hanya berbekalkan pisau, sumpit dan lembing.


Mohd Noor Abdullah atau nama asalnya Bah Ayob, seorang Orang Asli dari keturunan Semai di Cameron Highland merupakan seorang anggota komunis paksaan sejak berusia 8 tahun lagi. Beliau berjaya melarikan diri dan dengan niat untuk membantu kerajaan, beliau telah mencadangkan penubuhan Senoi Praaq pada tahun 1955 yang akan dianggotai oleh masyarakat Orang Asli.

Pada awal penubuhan, sejumlah 10 orang asli termasuk Bah Ayob menganggotai pasukan ini dengan hanya berbekalkan dengan senjata api dan 10 butir peluru, mereka telah diarahkan untuk masuk ke dalam hutan dengan tujuan memburu komunis.

Mereka kembali dengan berita gembira apabila berjaya membunuh lebih dari 10 orang komunis dan unit ini dikembangkan dari semasa ke semasa sehinggalah diiktiraf sebagai pasukan elit untuk pasukan British.

Walaupun era darurat berakhir pada tahun 1960, namun kepakaran unit Senoi Praaq masih lagi diperlukan sehingga ini. Kini, Senoi Praaq diletakkan di bawah Jabatan Pasukan Gerakan Am, sebuah sayap dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

“Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia juga menyokong penerbitan dokumentari ini kerana melihat pengiktifaran yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli amnya,” tambah Nizam lagi.

Bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang sejarah yang pernah berlaku ini, kisah perjuangan pahlawan Semai ini juga diceritakan dalam bentuk yang lebih fiksyen iaitu drama bersiri 8 episod yang berjudul ‘Suatu Ketika...Lembing & Layang’.

Drama bersiri ‘Suatu Ketika...Lembing & Layang’ dijayakan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Natasha Hudson, Ellie Suriyati, Beto Kusyairy, Ruby (peserta Anak Wayang), Azhan Rani dan ramai lagi.

Jangan lupa untuk saksikan dokumentari hebat ‘Suatu Ketika...Laskar Senoi’ pada hari Ahad ini, 8 November 2009, jam 6.30 petang di Astro Prima dan 8 buah episod drama bersiri yang akan menceritakan semula kejadian sebenar tetapi dalam bentuk fiksyen dan membawa penonton mengimbau kembali kisah pahlawan Semai yang berani menggelar diri mereka sebagai Senoi Praaq atau Orang Perang dalam ‘Suatu Ketika...Lembing & Layang’ di Astro Citra (saluran 131) pada setiap hari Rabu dan Khamis, bermula 4 November ini, jam 9 malam.

 

http://pionopis.blogspot.com