Police Volunteer Reserve (PVR) Kuala Lumpur

Makluman/Berita Terkini

Tugas dan Kelayakan dalam PVR

Posted by Admin on November 22, 2012 at 10:10 PM

Bidang Tugas

Pasukan Sukarelawan Polis pada kebiasaanya adalah menjalankan kerja-kerja latihan dan perbarisan ketika tidak diletakkan dibawah kerahan secara aktif.

Walaubagaimanapun sebagai tambahan kepada latihan dan perbarisan mereka ini menjalankan tugas-tugas seperti berikut :

1. Pejabat pertanyaan / tugas telefonis

2. Tugas Bit

3. Tugas Rondaan

4. Tugas Trafik

5. Tugas Teknikal (WT, MT & MARIN)

6. Tugas-Tugas di Pusat Kawalan Kontingen atau Daerah

7. Pegawai Bertugas di Daerah atau IPK

8. Pentadbiran Biasa / Harian

9. Tugas Kawalan Perhimpunan

10. Tugas kawalan

 

Fungsi dan Tanggungjawab

• Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang

• Mata dan telinga kepada pasukan PDRM

• Memberikan perkhidmatan yang mesra kepada masyarakat

 

Elaun dan Insentif

1. Elaun kehadiran Latihan Tempatan

Tuntutan elaun tidak melebihi 48 jam sebulan

Pegawai : RM7.80 sejam

Lain-lain Pangkat : RM6.00 sejam

 

2. Elaun Bounty ( Saguhati tahunan )

Bertugas lebih 380 jam setahun - RM 520.00

Bertugas 240 ~ 379 jam setahun - RM 390.00

Bertugas 120 ~ 239 jam setahun - RM 260.00

Bertugas kurang 120 jam setahun - TIDAK LAYAK

 

3. Elaun Pakaian

Elaun Pakaian Seragam (sekali sepanjang perkhidmatan) - RM300.00

Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun dibayar mulai

tahun kedua Perkhidmatan) - RM 125.00 - (pegawai)

Elaun Pakaian Istiadat (3 tahun sekali) - RM 1,500.00 (pegawai)

 

 

 



Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun dibayar mulai

tahun kedua Perkhidmatan) - RM 200.00 (2 pasang) - (anggota APR)



 

4. Kemudahan Lain

Bekalan Pakaian Seragam

Rawatan Perubatan

Compesation-ganjaran & elaun

Kematian semasa bertugas *

Kecacatan semasa bertugas *

Belanja pengkebumian *

 

* Melalui penyertaan skim insuran berkelompok

 

Categories: None

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

29 Comments

Reply abu bakar
11:28 AM on January 2, 2013 
Assalamualaikum tuan..sy anggota jpam,dan sy teringin untuk menyertai anggota pvr..dan di manakah sy boleh dapat borang utk pendaftaran pvr??
Reply Admin
8:02 PM on January 2, 2013 
Untuk makluman En Abu Bakar. Buat masa ini pengambilan telah selesai tetapi saya ada dimaklumkan pada tahun ini 2013 akan diadakan sekali lagi pengambilan bila? Saya kurang pasti.

Jika ada kekosongan borang boleh diambil di IPK apabila kekosongan dibuka.
Reply Mohd Amirul Na'im (Konstabel SP36240)
11:42 PM on January 4, 2013 
assalamualaikum tuan....perhimpunan akan diadakan 12/1/2013 oleh pihak pembangkang,sy nk brtanya,adakah pelatih2 baru tahun 2012 akan dikerahkan brtugas pada tarikh tersebut?.....tertulis dalam bidang tugas no 9, ( tugas kawalan perhimpunan )
Reply Admin
1:26 AM on January 7, 2013 
Untuk makluman pelatih semua,

Anda masih tidak terlibat kerana asas penuh anda belum terima.
Reply saiful
9:07 PM on January 30, 2013 
Salam...saye ingin bertanye bilakah jawatan kosong untuk sukarelawan polis ini di buka untuk tahun 2013..dari sumber mana yang boleh saye rujuk untuk mengetahui perkembangan tentang jawatan kosong ini...terima kasih..
Reply mohd azan
11:53 PM on March 24, 2013 
Salam admin, semasa sy belajar di universiti dahulu, sy pernah menyertai kor sukarelawan polis siswa siswi dan telah tamat latihan dan ditauliahkan sebagai Inspektor SP..bagaimana caranya untuk sy meneruskan untuk menyertai PVR ni..sekian, terima kasih.
Reply SP22585 Farul
11:47 AM on March 26, 2013 
mohd azan says...
Salam admin, semasa sy belajar di universiti dahulu, sy pernah menyertai kor sukarelawan polis siswa siswi dan telah tamat latihan dan ditauliahkan sebagai Inspektor SP..bagaimana caranya untuk sy meneruskan untuk menyertai PVR ni..sekian, terima kasih.


Saudara boleh dapatkan malumat di lawan web PDRM, hebahan juga selalu dilakukan melalui iklan di dalam akhbar-akhbar utama. Bergantung kepada Kontinjen di tempat anda
Reply sp29420 siti harani
2:09 AM on May 4, 2013 
saya pvr dari daerah yan,kedah ingin bertanya ttg elaun bagi blan 3 yang blom kami terima lagi.
Reply noor alizawati binti mohamad
12:57 PM on May 7, 2013 
asalam... bile temuduga spdrm akan keluar??
Reply NOR TARNIA BINTI ALFIAN
5:49 AM on May 14, 2013 
salam admin...saya dri kontinjen kl..bagaimana saya ingin membuat permohonan tukar tempat bertugas di selangor..harap admin dapat terangkn cara2nya...terima kasih...
Reply MUHAMAD FAIZ BIN MOHMAD RAZIM
5:44 PM on July 15, 2013 
Macam mana nak menjadi aahli PVR?
Reply Admin
2:57 AM on July 17, 2013 
sp29420 siti harani says...
saya pvr dari daerah yan,kedah ingin bertanya ttg elaun bagi blan 3 yang blom kami terima lagi.


Assalamualaikum, bagi permasalahan cik ini. Cik perlu bertanya kepada bahagian pentadbiran PVR Konitnjen cik. dengan kapisiti pengambilan yang besar kemungkinan berlaku kelewatan dalam penyediaan. Saya harap cik dapat bersabar, ini kerana boleh dikatakan keseluruhan kontinjen mangalami masalah yang sama.
Reply Admin
3:00 AM on July 17, 2013 
NOR TARNIA BINTI ALFIAN says...
salam admin...saya dri kontinjen kl..bagaimana saya ingin membuat permohonan tukar tempat bertugas di selangor..harap admin dapat terangkn cara2nya...terima kasih...


Waalaikumsalam,

Bagi permohonan untuk pertukaran, cik boleh lah membuat satu surat permohonan untuk bertukar dengan menyatakan sebab-sebab ingin bertukar. Caranya dialamatkan kepada Komandan SUkarelawan Kontinjen KL (Melalui Ketua Sukarelawan Polis Daerah..................)
Reply Admin
3:02 AM on July 17, 2013 
MUHAMAD FAIZ BIN MOHMAD RAZIM says...
Macam mana nak menjadi aahli PVR?


Harap en sedia menunggu, akan ada pengambilan mungkin dipenghujung tahun ini bagi pengisian tambahan 10ribu anggota lagi bagi semua kontinjen di Malaysia.
Reply Admin
3:13 AM on July 17, 2013 
mohd azan says...
Salam admin, semasa sy belajar di universiti dahulu, sy pernah menyertai kor sukarelawan polis siswa siswi dan telah tamat latihan dan ditauliahkan sebagai Inspektor SP..bagaimana caranya untuk sy meneruskan untuk menyertai PVR ni..sekian, terima kasih.

Waalaikumsalam,

EN boleh lah membuat permohonan dengan membuat satu surat permohonan dan dihantar kepada Komanda Pasukan Sukarelawan Polis Kontinjen.

Tetapi pengambilan ke pangkat Inspektor bagi bekas SUKSIS ini berdasar kekosongan.
Reply Admin
3:14 AM on July 17, 2013 
noor alizawati binti mohamad says...
asalam... bile temuduga spdrm akan keluar??


Insya'allah hujung tahun ini.
Reply syahiron azhar
2:51 AM on July 18, 2013 
asalamualakum dan salam 1 malaysia,ingin saya bertanya,,saya hanya ada sjil spm dan skadar lulus sahaja,adakah saya layak memohon spdrm?harap blh beri pnjalasan ,,thk
Reply lai heng loi @ abd rahim
11:30 PM on August 27, 2013 
Assalamualaikum tuan...kini saya merupakan salah seorang inspektor kadet di sekolah saya dan telah mendapat surat perlantikan dari Bukit Aman rujukan 68/1.Jika saya ingin memohon untuk masuk dalam pasukan PVR bagaimana prosedurnya?
Reply dassnash
7:23 AM on September 24, 2013 
Dassozil@gmail.com
Reply Admin
10:29 PM on November 18, 2013 
syahiron azhar says...
asalamualakum dan salam 1 malaysia,ingin saya bertanya,,saya hanya ada sjil spm dan skadar lulus sahaja,adakah saya layak memohon spdrm?harap blh beri pnjalasan ,,thk


Ya en layak.....sila layari www.rmp.gov.my dan klik SSO isi maklumat anda.